.:Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran:.

Monday 12 December 2011

KATA MAJMUK



I. Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.
II.Ada tiga kelompok kata majmuk.
A.     Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar rajah      alat tulis
biru laut         bandar raya
air hujan        tengah hari
jalan raya       meja tulis
nasi minyak       jam tangan
terima kasih      bom tangan
luar biasa        kapal terbang
merah muda      kuning langsat


Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :
Perdana Menteri      Ketua Menteri
Penolong Pendaftar    Naib Canselor
Raja Muda        Profesor Madya
Setiausaha Politik     Duta Besar
Timbalan Ketua     Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

B.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus .
Contohnya:
model linear      hak milik
garis pusat      mata pelajaran
telefon dail terus    pita suara
lesung sendi      darah panas
kanta tangan     kertas kerja
segi tiga      batu kapur
cari gali        atur cara
lut sinar       urus setia

C.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam     anak emas
buah hati     bulan madu
duit kopi     manis mulut
makan angin    tumbuk rusuk
pilih kasih     berat tangan

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:
 antarabangsa  beritahu   kakitangan   kerjasama
 setiausaha    sukarela   olahraga   matahari
 suruhanjaya    jawatankuasa    tandatangan
 tanggungjawab   warganegara    pesuruhjaya

Penggandaan kata majmuk
Melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Cth: alat-alatulis, suku-sukukata,garis-garispusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur
Cth: pesuruhjaya-pesuruhjaya,
setiausaha- setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.

Terdapat dua bentuk:
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
cth:
 campur aduk ----- bercampur aduk
 ambil alih ----- mengambil alih
 daya serap ----- daya serapan
ii. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Cth:
 campur aduk ---- mencampuradukkan
 daya serap ---- kedayaserapan
 garis pusat ---- menggarispusatkan
 urus niaga ---- diurusniagakan
 satu padu ---- menyatupadukan

No comments:

Post a Comment